"". "".

Iklan

Iklan
Iklan

Saturday 26 January 2013

Tudung 3 Layer Murah


Tempat nak beli tudung murah pasar Kemboja Parit Buntar Perak.

Mungkin ramai antara kita yang mencari info pasal tudung 3 layer yang murah2 ni, sebenarnya sama jugak dengan saya. Bukan apa just nak buat perbandingan dan penilaian, so saya pon try la tanya member2 kat mana nak cari tudung 3 layer murah2 dengan harga borong yang berhampiran dengan kawasan taiping. Lepas tanya2 tu ramai lah yang bagi tau kat saya, kalau nak cari tudung yang murah harga borong pergi cari kat pasar kemboja kat area Parit Buntar setiap isnin dan jumaat pagi macam tu lah. Saya pon pergilah dan bila sampai tempat yang dorang katakan saya ada rasa terperanjat la jugak. Rupa-rupanya pasar kemboja ni macam pasar tani, punyalah ramai peniaga kat sana yang jual tudung. Bermacam rupa dan feshen ada dan harganya memang murah tetapi, hahaha ada tetapinya. Kalau nak dapat harga murah macam harga borong tu kita kena beli sekodi 20 helai bagi jenis tudung, dan seingat saya untuk tudung 3 layer harga sehelai siap kerongsang ialah RM35 (kira murah la tu kan). Jadi total untuk dapat harga macam tadi tu kita kena spend RM700. Haa tu diaaa murah nooo.
Tapi saya tak beli pon hehehe, bukan sebab apa saya tak beli, sebab saya rasa belum masanya untuk saya berbuat demikian. Lagipun saya bukannya ada kedai yang besar-besaran nak display tudung banyak2.
Jadi bila dibuat perbandingan harga dengan tudung yang saya jual kepada reseller saya sebenarnya tak jauh beza pon, cuma yang jauh berbeza ialah dari kuantiti dan kualiti. Kalau kat sana kena beli 20 helai baru dapat harga murah tapi kat saya cuma perlu beli 5 helai sahaja dan saya juga sertakan sekali kerongsang yang dijahit terus pada tudung dan tudung boleh ditempah mengikut warna dan saiz yang dikehendaki.
Jadi tu lah dia serba-sedikit posting pasal tudung 3 layer murah saya, mungkin ada yang tertanya-tanya berapa sebenarnya harga yang saya bagi pada reseller tudung saya. Kalau nak tahu hubungilah saya di no umobile saya yang tertera di dalam blog ni. Harganya tak jauh beza percayalah.
Sekian

1 comment:

  1. tempat kak juai tudung ni, kamunting area mana? leh la singgah bila free nnti...

    ReplyDelete