"". "".

Iklan

Iklan
Iklan

Wednesday, 30 January 2013

Tudung 3 layer Norash Keluaran 30 jan 2013


Saiz L (Tempahan)

 Sold to reseller

 Sold to reseller

 Sold to reseller

 Sold to reseller

 Sold to reseller

 Sold to reseller

 Saiz S (Tempahan)

All black (Tempahan)

 Sold to reseller

Sold to reseller

Untuk pengeluaran pada 30 jan 2013 ni sebenarnya saya ada buat lebih kurang 30 helai tudung, tapi atas sebab tudung2 tu ada yang sama dengan yang macam kat atas ni dan sama macam yang sebelum ni jadi saya tak upload naik gambar tudung2 tersebut ke posting kali ni dan lagi satu sebab ialah kerana tudung2 ni telah pon terjual kepada reseller dan ada juga antara tudung tersebut telah ditempah., jadi saya minta maaf sesangat sebab saya memang tak ada stok yang ready buat masa ni. Kalau saudari2 berminat silalah buat tempahan atau tunggu untuk keluaran yang akan datang ni. Sekian terima kasih.

Monday, 28 January 2013

Stok Kerongsang Tudung 3 Layer Norash

Stok Kerongsang Sampan..waahh cantiknyaa

 Stok Kerongsang Panjang

 Stok Kecik-kecik

 Haa..yg ni Stok Design Terbaru..

4 kotak Stok Kerongsang sedia untuk mencantikkan Tudung 3 Layer Norash


Antara kerongsang-kerongsang yang saya gunakan untuk Tudung 3 Layer Norash, semuanya dari jenis yang berkualiti. Kalau anda perasan, ada beberapa jenis kerongsang di pasaran yang batunya tak berkilat dan nampak kusam walaupun kita letak kat bawah lampu. Haa yg tu dari jenis yang murah harganya mungkin sebab kualiti finishing yang rendah dan tak berapa kemas. Tak macam kerongsang yg saya gunakan. Warnanya, kilatnya pasti akan menyerlahkan lagi tudung 3 layer tersebut. Ada bermacam-macam warna dan design, pening jugak sebenarnya nak buat pilihan kerongsang yang sesuai dengan warna tudung. Ada jugak pelanggan yg request nak kerongsang besarla, nak kerongsang sampanla. Ada jugak yang nak kerongsang kecik-kecik. Kalau yang kecik tu, haruslaa saya bubuh 2 ke 4 biji utk 1 tudung. Tapi tu semua bukan masalah besar, asalkan dapat memenuhi citarasa dan kepuasan pelanggan, itu yang penting. 
Ok yang tu cerita bagi pelanggan atau pengedar yang membuat special request masa membuat tempahan. Bagi tudung2 yg dah siap, gabungan tudung dan kerongsang yang saya adun pastinya tak mengecewakan. Rasanya setakat ni je lah cerita saya pasal kerongsang yang saya gunakan untuk kali ni. Insyaallah lain kali saya cerita lagi. sekian, wasalam.

Tudung 3 Layer Norash terbaru is on the way.


 Antara tudung 3 layer tinggal nak jahit tepi

 Tengah dok jahit, encik hubby ambik gambar candid.

Hai semua, kali ni saya nak share pasal stok tudung 3 layer on line saya yang akan siap dalam masa yang terdekat ini. Buat masa ni production tudung saya seminggu ialah sekitar 30 ke 40 helai, tak lah berapa banyak sangat sebenarnya. Kalau nak di ikutkan saya sebenarnya masih mampu untuk buat lebih lagi cuma dek kerana kesibukkan dalam menguruskan rumah tangga, melayan kerenah anak, suami dan berblog, takat tu sahaja yang saya mampu buat untuk masa ni. Mungkin pada masa akan datang kalau saya nak mempertingkatkan lagi tahap pengeluaran terpaksalah saya mengambil pembantu dalam menjayakan projek tudung 3 layer on line saya ini. Perkara utama yang sangat penting bagi saya ialah kualiti produk dan kepuasan pelanggan tak lupa juga kepuasan para pengedar. Saya juga akan cuba sedaya upaya memberikan Service after sales kepada pelanggan dan pengedar sebaik mungkin bagi menangani sebarang permasalahan yang berbangkit, contoh macam kes2 tudung yang nak dialter pon akan cuba saya penuhi.

Sunday, 27 January 2013

Beli Tudung Online

Beli Tudung 3 layer online

Kali ni saya nak kupas sikit pasal beli tudung online, kira secara online la kan. Ok,mungkin ada antara kita yang masih belom pernah membeli secara online. Mungkin kerana kurang keyakinan dan berasa kurang selesa. Ini ada lah sesuatu perkara biasa sebenarnya kerana sesuatu yang baru tu memang akan membuatkan kita rasa kurang selesa, contoh macam bantal yang selalu kita gunakan, kita tukar dengan bantal yang lain yang baru. Pasti tak selesa betulkan. Jadi sekarang macam mana caranya untuk kita membeli secara online dengan lebih berkeyakinan dan selesa. Sebenarnya masalah ni memang payah untuk kita atasi melainkan kalau ada kengkawan yang rekomen, bila ada kengkawan yang rekemen lepas tu dapat pulak tengok barang yang dia beli tu cantik. Confirm hilang rasa tak yakin dan tak selesa tu semua kan. hehehe. Tapi macam mana pulak kalau tak de yang rekemen, haaaa yang ni memang betul2 payah. Kalau saya lah selalunya first skali saya akan cuba berhubung dengan seller tersebut bagi membina trust terlebih dulu. Bila dah borak2 tu kalau seller tu ok, ada lah sikit trust kat situ, yang kedua pulak saya akan buat kaji selidik kat dalam google search engine berkenaan butir2 penjual tersebut, dari keputusan yang saya dapat tu saya dah boleh buat kesimpulan sama ada seller tu boleh di percayai atau tidak dan yang last skali bila saya membuat pembelian secara online untuk kali pertama dengan seller tersebut saya akan cuba meminimumkan jumlah belian, kiranya macam nak testing la tu. Satu lagi tips penting yang saya hampir terlupa nak share kat sini ialah, saya akan cuba tanya seller tu boleh tak kalau nak beli beli secara C.O.D, kalau dia kata boleh. ada kemungkinan yang seller tu memang boleh dipercayai. So sampai di sini saja untuk kali ini, happy buying online.
TQ.

Saturday, 26 January 2013

Tudung 3 Layer Murah


Tempat nak beli tudung murah pasar Kemboja Parit Buntar Perak.

Mungkin ramai antara kita yang mencari info pasal tudung 3 layer yang murah2 ni, sebenarnya sama jugak dengan saya. Bukan apa just nak buat perbandingan dan penilaian, so saya pon try la tanya member2 kat mana nak cari tudung 3 layer murah2 dengan harga borong yang berhampiran dengan kawasan taiping. Lepas tanya2 tu ramai lah yang bagi tau kat saya, kalau nak cari tudung yang murah harga borong pergi cari kat pasar kemboja kat area Parit Buntar setiap isnin dan jumaat pagi macam tu lah. Saya pon pergilah dan bila sampai tempat yang dorang katakan saya ada rasa terperanjat la jugak. Rupa-rupanya pasar kemboja ni macam pasar tani, punyalah ramai peniaga kat sana yang jual tudung. Bermacam rupa dan feshen ada dan harganya memang murah tetapi, hahaha ada tetapinya. Kalau nak dapat harga murah macam harga borong tu kita kena beli sekodi 20 helai bagi jenis tudung, dan seingat saya untuk tudung 3 layer harga sehelai siap kerongsang ialah RM35 (kira murah la tu kan). Jadi total untuk dapat harga macam tadi tu kita kena spend RM700. Haa tu diaaa murah nooo.
Tapi saya tak beli pon hehehe, bukan sebab apa saya tak beli, sebab saya rasa belum masanya untuk saya berbuat demikian. Lagipun saya bukannya ada kedai yang besar-besaran nak display tudung banyak2.
Jadi bila dibuat perbandingan harga dengan tudung yang saya jual kepada reseller saya sebenarnya tak jauh beza pon, cuma yang jauh berbeza ialah dari kuantiti dan kualiti. Kalau kat sana kena beli 20 helai baru dapat harga murah tapi kat saya cuma perlu beli 5 helai sahaja dan saya juga sertakan sekali kerongsang yang dijahit terus pada tudung dan tudung boleh ditempah mengikut warna dan saiz yang dikehendaki.
Jadi tu lah dia serba-sedikit posting pasal tudung 3 layer murah saya, mungkin ada yang tertanya-tanya berapa sebenarnya harga yang saya bagi pada reseller tudung saya. Kalau nak tahu hubungilah saya di no umobile saya yang tertera di dalam blog ni. Harganya tak jauh beza percayalah.
Sekian

Friday, 25 January 2013

Tudung double layer dan 2 layer chiffon


 Double layer siap brooch

Tudung yang Unggu Putih tak ada keronsang lagi.

Haaa yang ni special sikit, double layer untuk si kecik tersayang.

Saya sebenarnya pon ada jugak buat tudung double layer atau 2 layer ni cuma jarang2 sangat sebab permintaan banyak yang mintak 3 layer. tapi tak pe, kali ni saya nak marketkan pulak yang double layer atau 2 layer. Mungkin sebab bila saya kurang buat yang double layer secara tak langsung public tak dapat nak menilainya. Kualiti produk double layer yang kami hasilkan adalah sama dengan yang 3 layer. Saiz tudung adalah mengikut kehendak pelanggan. Labuh tudung seperti yang terdapat pada patung adalah mengikut tempahan yang kami terima. Harap maklum, terima kasih.

Tudung Bawal Jepun

Sebenarnya saya pon tak pernah dengar pasal tudung bawal jepun ni. Mula2 tu terperanjat la jugak, ade ker org jepun pakai tudung bawal? hehehe. Jadi bila tanda soal tu banyak bermain di fikiran saya pon apa lagi google la pasal keyword ni. Rupa-rupanya kain tudung bawal tu made in japan, huh buat suspen je. Kain yang di import dari jepun tu pulak akan disulam dengan manik bagi menyerlahkan lagi kecantikkannya. Anyway bagi saya tudung bawal jepun ni memang cantik dan menarik, insyaallah jika diizinkan Allah saya akan cuba masuk pulak market tudung bawal jepun ni pulak. Buat masa ni biarlah saya stick on tudung 3 layer ni dulu.

Sunday, 20 January 2013

Stok Tudung 3 layer online terkini

NORASH TUDUNG 3 LAYER ONLINE

  Stok Tudung Norash 3 layer online terkini date 21hb jan 2013.
Jika stok telah dijual, pelanggan masih boleh melakukan tempahan seperti yang di kehendaki.
Material: chiffon 3 layer, awning chiffon 
Harga : RM55 sahaja (plain)
RM70 bagi yang (printed)   
Kalau nak Nego sesikit tu boleh tak de masalah kita deal sampai jadi k.
Harga termasuk brooch dan ianya di jahit kemas pada tudung.
sekian terima kasih.   


Sold to Reseller

Sold to Reseller

SOLD

Sold to Reseller

SOLD

SOLD

Sold to Reseller

Sold to Reseller

Sold to Reseller

Sold to Reseller

SOLD

Sold to Reseller

Sold to Reseller

Sold to Reseller

Sold to Reseller

Sold to Reseller

Sold to Reseller

Sold to Reseller

Sold to Reseller

SOLD

Sold to Reseller

Sold to Reseller

Sold to Reseller

SOLD

Sold to Reseller

SOLD

Sold to Reseller

Sold to Reseller

Sold to Reseller

SOLD